Pembiayaan Perumahan Secara
Islam Semakin Inovatif
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Bagi memperolehi sesuatu keuntungan, Islam tidak membenarkan pinjaman kewangan dijadikan sebagai instrument bagi memperolehinya. Cara yang diterima Islam bagi memperoleh sebarang keuntungan hanyalah melalui kontrak jual beli. Oleh kerana itu, Perbankan Islam di seluruh dunia tidak di benarkan sama sekali untuk meraih sebarang keuntungan dari pinjaman. Hasilnya mereka telah mencipta seluruh konsep produk mereka kepada pelbagai jenis konsep jual beli di dalam Islam bagi meraih keuntungan yang sah di sisi Islam.
Bai Bithaman Ajil (BBA) atau Jual beli secara tangguh pembayaran adalah salah sebuah instrumen atau produk yang digunakan oleh kebanyakan bank-bank Islam di Malaysia. Konsep ini telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah Kebangsaan yang berpusat di Bank Negara
Bagaimanapun, konsep ini tidak diterima oleh bank-bank Islam di Timur Tengah termasuk
Secara mudahnya BBA versi Malaysia berfungsi seperti berikut; Apabila seorang pelanggan ingin membeli sebuah rumah berharga RM 200,000, maka si pelanggan akan membayar sejumlah wang kepada penjual / pemaju sebagai ‘booking' dan kemudiannya membayar 10 % pula kepada pemaju/penjual sebagai wang pendahuluan (deposit).
Setelah iu, berbekalkan perjanjian jual beli (S&P agreement) antara si pembeli dan penjual, maka si pelanggan akan mula mencari bank Islam yang oleh memberikan pembiayaan perumahan kepadanya. Setelah menepati seluruh syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Bank. Pihak Bank bersetuju untuk membeli rumah itu daripada pelanggan tadi dengan harga RM 180,000 (iaitu sama jumlahnya setelah di tolak deposit) dengan bayaran tunai. Dengan itu, rumah itu akan menjadi milik bank dan tanda pemilikan bank ke atas rumah itu adalah melalui satu
Itulah gambaran ringkas bentuk pelaksanaan BBA di Malaysia yang merupakan sebuah produk yang dibina atas konsep jual beli dan bukannya pemberian pinjaman kepada pelanggan. Tidak dinafikan, walaupun konsep BBA ini telah hampir disepakati keharusannya oleh kebanyakan cendiakawan Shariah di dalam Negara. Semakin banyak isu-isu Shariah kelihatan timbul hasil dari cara pelaksanaan atau ‘implementasi' BBA yang kerap tersilap akibat kurang pemantauan oleh individu Shariah di dalam Bank atau tidak difahami sebaiknya oleh para pegawai bank yang mengaplikasikan konsep ini di dalam produk mereka.
Hasilnya, pelbagai pihak yang menyedarinya tampil membuat teguran, pertanyaan dan pelbagai tuntutan penjelasan dibuat. Tambahan itu, konsep ini juga dianggap menjadi satu imej perbankan Islam yang sedikit kurang inaovatif di Malaysia di mata pihak antarabangsa, lalu kemungkinan menjadi salah satu faktor kurang minat pelabur Arab yang kaya untuk turut serta memeriahkan perbankan Islam di Malaysia dengan lebih hebat. Tidak dinafikan, kewujudan beberapa Bank Islam antarabangsa dari Kuwait ( Kuwait Finance House), Saudi (Ar-Rajhi Investment Bank) dan Qatar ( Asian Finance Bank) menampakkan penerimaan Timur Tengah terhadap Malaysia, tetapi perlu diingat bahawa ketiga-tiga bank Islam antarabangsa ini tidak mengamalkan sebarang konsep BBA di dalam operasi mereka.
Kini, timbul satu fenomena yang agak sihat di kalangan cendiakawan Shariah tempatan dan pengamal perbankan Islam di Malaysia. Mereka dilihat semakin inovatif dan kreatif dengan mengutarakan pelbagai konsep baru yang lebih ‘mampu' diterima oleh para ulama sedunia dan pengamal perbankan Islam antarabangsa. Sebagai contoh, produk BBA yang sering menjadi teras bagi pembiayaan perumahan kini sudah semakin kurang popular tambahan pula dengan isu-isu Shariah yang masih lagi berlegar di sekitarnya. Kini konsep pembiayaan perumahan sudah mula di tukar kepada konsep baru yang lebih baik seperti Musharakah Mutanaqisah (Pemilikan berkongsi secara menurun) dan Ijarah Muntahiyah Bit Tamleek (sewaan yang berkahir dengan pemilikan). Pelbagai Bank Islam dan jendela Perbankan Islam ‘Islamic Banking window' sudah mula melakukan kajian terhadap kesesuaian konsep ini dengan perundangan Negara. Malah sebahagiannya telah pun mengaplikasikan produk pembiayaan perumahan dengan cara ini. Setakat ini, ia terbukti lebih berkesan selain diterima oleh Ulama sedunia.
Apa yang diharapkan adalah masyarakat Islam di Malaysia khasnya dapat memberikan sokongan tanpa berbelah-bagi terhadap operasi perbankan Islam ini dari masa ke semasa sehinggalah ia dapat mencapai tahap terbaik bagi manfaat dunia akhirat. Tidak dinafikan masih terdapat pelbagai kelemahan dikenalpasti dalam operasi dan harga yang di tawarkan. Bagaimanapun adalah tidak adil untuk menuding jari terhadap perbankan Islam sahaja tanpa mengetahui bahawa bank-bank Islam ini terhalang dan dihalang oleh pelbagai sebab dan sudut yang diluar bidang kuasanya.
1 comment:
satu pengetahuan baru, dahulu saya ingat bank islam pun mendapatkan keuntungan melalui pinjaman. Saya masih tak faham mengenai konsep Musharakah Mutanaqisah (Pemilikan berkongsi secara menurun) dan Ijarah Muntahiyah Bit Tamleek (sewaan yang berkahir dengan pemilikan boleh dijelaskan dengan lebih lanjut?
Post a Comment